
“Miskin Budak-Budak Ni, Selipar Pun Takde” – Komen Ning Baizura Buat Netizen Berang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini viral satu klip video rakaman yang memperlihatkan seorang pegawai polis yang sedang menyekolahkan sekumpulan anak-anak kecil yang di tangkap bermain beramai-ramai di luar rumah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Video yang dikategorikan lucu oleh orang ramai ini susulan dari reaksi comel adik adik ini yang menggelabah ketika ‘dimarahi’ oleh anggota polis berkenaan kemudiannya dikongsikan banyak portal tempatan sehingga menarik perhatian ramai antaranya penyanyi Ning Baizura
Namun komen yang tulis oleh Ning itu mengenai video tersebut yang di kongsikan di laman Instagram InTrend telah mencetuskan kemarahan netizen.
Dia yang mengulas sambil berseloroh mengenai keadaan kanak-kanak itu yang bermain tanpa berselipar pada netizen dilihat agak kurang menjaga sensitivi masyarakat.
“Apa fasal mak bapa mereka kasi keluar.
“Miskin budak-budak ni selipar pun takda,” tulis Ning ringkas sambil disertakan emoji ketawa.
Ekoran dari itu, ramai netizen bertindak membalas komen Ning dengan mengentamnya dengan rata-rata mereka berpendapat ianya tidak wajar diperkatakan.

