fbpx
Now Reading
Tangisan Wan Maimunah

Tangisan Wan Maimunah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-6jSmMJY6M/

Bukan sekadar lakonan, tangisan pelakon veteran Wan Maimunah kali ini benar-benar mengundang sebak orang ramai.

Difahamkan pelakon ini tidak mampu menahan air mata dan rasa terharunya selepas dikunjungi sahabat baik Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, iaitu Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda sekali gus menerima bantuan makanan untuk kegunaan harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Video tersebut yang dikongsikan , Tengku Khalidah kemudiannya menjad tular di media sosial.

“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.

“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Sheikh Muhammad mengharapkan sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan memandangkan padanya itu hanya tanggungjawab kecilnya kepada masyarakat

“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.

“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya yang turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP.

“Insya-Allah, bantuan akan diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha kecil ini tidak terhenti di sini,” kata Sheikh Mohammad.

Difahamkan, Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan selebriti seperti Zul Yahya dan Azza Elite dengan memberikan bantuan kepada pelakon-pelakon veteran.

Terdahulu Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) turut menghulurkan sumbangan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.