fbpx
Now Reading
Covid-19: Ashraf Muslim Disahkan Positif

Covid-19: Ashraf Muslim Disahkan Positif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-_Lz9BjKxO/

Pelakon terkenal Ashraf Muslim hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19, selepas pulang menjalani penggambaran drama ‘Demi’ di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu.

Menerusi Instagram, Ashraf berkongsi kepada umum yang dia mengetahui dirinya sudah dijangkiti pada 12 April lalu. Dia turut mengharapkan orang ramai untuk mendoakan agar dia dan semua pesakit Covid-19 sembuh.

Dalam masa sama Ashraf turut memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan.

“Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian COVID-19.

“Ya, saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.

“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans.

“Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya.

Menerusi entri yang sama, Ashraf turut mengucapkan rasa terima kasih kepada semua pasukan kesihatan yang bertungkus lumus mengawal penularan wabak covid-19 ini.

“Tak lupa juga pada frontliners doktor-doktor, MA, nurse-nurdse dan mereka yg terlibat. Terima kasih, you all are our hero..

Ketiga-tiga pelakon demi ini kini disahkan positif Covid-19

“To mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari covid ni cepat supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.

“Ayah rindu sangat, tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan boleh solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam” tulisnya sebagai kapsyen

Terdahulu sebelum Ashraf pelakon cantik, Puteri Aishah dan aktres cilik Puteri Rayyana Rayqa turut disahkan positif COVID-19. Beberapa orang krew produksi termasuk pengarah, Rahila Ali turut dijangkiti wabak berkenaan.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.