fbpx
Now Reading
Respect! Wanita OKU Jahit PPE Guna Kaki Untuk Frontliners Dapat Pujian Netizen

Respect! Wanita OKU Jahit PPE Guna Kaki Untuk Frontliners Dapat Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di saat negara diserang Covid-19, ramai yang tampil membantu para frontliners kita terutamanya petugas kesihatan dengan menghulurkan sumbangan berupa kelengkapan hospital dan pakaian perlindungan diri (PPE).

Tidak ketinggalan, Norfarrah Syahirah, seorang wanita orang kelainan upaya (OKU dan rakan-rakannya dari Kolej Komuniti Teluk Intan turut tampil membantu dengan menghasilkan PPE untuk kegunaan benteng terakhir negara ini.

Farrah yang sebelum ini pernah menjadi perbualan di media sosial kerana keunikannya memandu dengan menggunakan kaki turut berkongsi video yang memperlihatkan dirinya yang sedang menjahit pakaian tersebut.

Menjahit dengan cara tersendiri dan menggunakan kaki

Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki.. Ok saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri.. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner nie.. Nie je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yg semangat nak membantu.. Semoga urusan kami dipermudahkan.. Amin#Darikomunitiuntukkomuniti#covid19#stayathome

Posted by Norfarrah Syahirah Shaari on Saturday, April 11, 2020

“Ramai yang nak tengok macam mana saya menjahit guna kaki. Ok saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri,” tulisnya di Facebook

Menurutnya untuk projek ini selain bergerak bersama staf Kolej Komuniti Teluk Intan dia turut dibantu oleh beberapa orang sukarelawan dari sekitar Teluk Intan.

“Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner nie. Ini sahaja yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yg semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan. Amin ” tuisnya lagi.

Memetik laporan dari Harian Metro, mereka yang turut dibantu oleh 25 orang tukang jahit dijangka akan mengumpulkan semua PPE pada Isnin depan sebelum diagihkan kepada petugas kesihatan.

“Ini sumbangan kecil kami dengan kemahiran yang ada kerana menyedari PPE menjadi keperluan penting bagi barisan hadapan,” katanya.

Menerusi ruangan komen, dilihat kebanyakan netizen memuji semangatnya malah ramai merasakan tindakannnya akan menjadi inspirasi untuk orang lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.