fbpx
Now Reading
Nak Biaya Pelajaran Anak, Si Ayah Gigih Keliling Seremban Jual Ikan Masa PKP

Nak Biaya Pelajaran Anak, Si Ayah Gigih Keliling Seremban Jual Ikan Masa PKP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanpa kita sedari sudah hampir sebulan kita berkurung di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki fasa ke 3 pada hari rabu.

Semua ini terpaksa dilakukan demi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sudah mengorbankan lebih 100,000 nyawa di seluruh dunia.

Namun buat golongan bekerja sendiri, meskipun banyak menerima bantuan dari kerajaan dan insentif dari kerajaan, lebih lama mereka duduk di rumah makin berkurangan simpanan mereka.

Lantaran itu ada yang terpaksa meneruskan perniagaan harian demi kelangsungan hidup antaranya kisah seorang lelaki ini yang terpaksa keluar rumah untuk menjual ikan di sekitar seremban demi kelangsungan hidup dan hajat yang lebih besar; mengumpul wang untuk menghantarnya anaknya untuk melanjutkan pelajaran tidak lama lagi.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh anaknya, Dania Hasrul di laman twitter miliknya.

Menurut gadis ini dia merasa sebak apabila mengetahui ayah kesayangannya memuat naik status di whatsApp untuk mempromosikan ikan-ikan segar jualannya di sekitar seremban.

Kumpul duit untuk sambung pelajaran anak

Muat naik status untuk bantu promosi

Dia yang begitu terkesan dengan usaha bapanya itu berharap perkongsiannya di twiter dapat membantu memudahkan ayahnya bagi mendapatkan pelanggan.

Tambah gadis ini lagi, ayahnya yang dikenali sebagai KC, turut membuat penghantaran ikan segar terus kerumah untuk pelanggannya

Berniaga ikan dan penghantaran di sekitar Seremban

Dania turut berkongsi no ayah nya agar senang untuk dihubungi oleh pelanggan di sekitar Seremban.

Perkongsian Dania ini telah menarik perhatian netizen dengan rata-rata mereka meluahkan rasa sebak atas usaha ayahnya. Malah ramai yang mengambil kesempatan mendoakan agar perniagaan ayahnya di permudahkan

Kami di Buzzkini turut mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan dan peniagaan ayahnya mendapat sambutan ramai .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.