fbpx
Now Reading
Tiga Lelaki Ditahan Sedang Bermain Golf Semasa PKP

Tiga Lelaki Ditahan Sedang Bermain Golf Semasa PKP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak covid-19 di seluruh dunia ketika ini sememangnya menggusarkan. Data yang dikongsikan menunjukan sudah lebih 2,000,000 orang dijangkiti wabak maut ini dengan angka korban terus meningkat melebihi 100,000 orang.

Namun angka ini belum cukup mengerunkan buat sesetengah orang kerana berani mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerak yang di laksanakan oleh kebanyakan kerajaan di dunia ketika ini.

Terbaru tiga lelaki telah ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah ketika sedang leka bermain golf di daerah terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri ketiga mereka iaitu masing-masing seorang pengurus kelab golf,pengurus pengangkutan dan guru pusat tusyen pada mulanya sedang leka bermain golf sebelum dihampiri sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan rondaaan.

Namun sebelum ketibaan polis mereka telah berpatah balik ke kawasan padang dengan menaiki sebuah buggy memaksa pihak berkuasa untuk menahan mereka di situ.

Foto sekadar hiasan. Kredit : PhilStar

Tambahnya lagi  antara barangan yang dirampas ialah tiga set beg golf pelbagai jenama milik ketiga-tiga lelaki tersebut

Memetik Awani, kes akan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dipercayai dengan cuai yang mungkin merebakkan apa-apa jangkitan penyakit yang merbahaya kepada nyawa.

Dan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, di mana berhimpun bagi maksud sukan dan boleh dihukum di bawah peraturan 11 peraturan yang sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.