fbpx
Now Reading
6 Nama Unik Bayi Sempena Covid-19

6 Nama Unik Bayi Sempena Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-zBYmcBLPh/

Buat ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, antara perkara penting yang senang namun kerap memakan masa untuk diputuskan adalah pemilihan nama bayi mereka.

Mestilah kan? Siapa yang tidak mahukan nama yang sedap dan bagus maksudnya. Lagi unik lagi bagus. Lagi senang orang nak ingat.

Namun siapa sangka di sebalik penularan wabak Covid-19 yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini boleh menjadi aspirasi buat beberapa pasangan dalam memberikan nama kepada anak mereka.

Bukan sahaja nama tersebut unik, malahan orang yang menggunakan nama tersebut pasti akan dikenali malah di ingati di seluruh dunia.

Di bawah kami kongsikan senarai nama-nama unik dan pelik yang dipilih oleh pasangan-pasangan ini yang pasti bukan sahaja akan terus dikenang malah menjadi sejarah.

#1 Covid [India]

Covid adalah bayi lelaki dilahirkan pada 27 Mac 2020 yang tular selepas dia dan pasangan kembarnya Corona diberikan nama unik tersebut.

Difahamkan ibubapa mereka sepakat memilih nama ini susulan kelahiran anak mereka ketika dunia kini berperang dengan penularan wabak Covid-19.

Menurut ibu bayi kembar ini, Preeti Verma dia dan suami mengalami pelbagai kesuakaran sewaktu mahu melahirkan anaknya itu, dan pemilihan nama itu agar ianya boleh menjadi kenangan buat mereka.

#2 Corona [India]

Corona adalah pasangan kembar kepada Covid . Bayi wanita bersama kembarnya menjadi topik di seluruh dunia selepas ibu bapa mereka memilih menamakan mereka dengan nama unik ini.

“Kami tidak terfikir untuk memberikan nama sedemikian namun ada kakitangan hospital yang mula memanggil mereka Covid dan Corona.

“Akhirnya saya dan suami setuju menamakan anak kami sempena pandemik ini,” katanya.

Namun portal tempatan melaporkan bahawa pasangan itu berkemungkinan tidak akan menggunakan nama itu dalam sijil kelahiran anak.

#3 Vairus Abdul Covid [Indonesia]

Bayi lelaki yang dilahirkan di Indonesia pada 28 Mac 2020 ini diberikan nama Vairus Abdul Covid .

Walapun kesahihan info ini tidak dapat dipastikan, namun kisah bayi ini tular di media sosial di Indonesia selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter

#4 Lockdown [India]

Seorang bayi yang baru lahir pada 7 April dari daerah Madhya Pradesh Sheopur, India telah dinamakan Lock down.

Sama seperti yang lainnya, ibu bapanya yang merupakan pasangan petani memilih nama ini sempena mengingati perintah kawalan yang sedang mereka hadapi susulan dari penularan wabak Covid-19

Menurut Raghunath Mali, dia dan isteri, Manju sepakat untuk menggunakan nama ini sejurus bayinya dilahirkan

“Isteri saya melahirkan bayi lelaki Isnin lalu dan apabila ditanya apakah namanya ketika mendaftar kelahirannya, kami bersetuju dengan memilih ‘Lock Down’.

#5 Sanitiser (India)

Foto: India Today

Seorang lagi bayi dari India dalam kategori ini ialah Sanitiser yang dilahirkan di sebuah kawasan di utara India.

Bapa Sanitiser, Omveer berkata dia dan isteri memilih nama ini kerana ianya begitu mudah diingati kerana ia merupakan keperluan penting orang ramai di saat Covid-19 sedang mengganas.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.

“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya

#6 Siva Korona [Indonesia]

Nama Siva Korona mmenjadi perhatian selepas mula tular di media sosial pada pertengahan Mac.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun menerusi kertas yang dimuat naik seorang pengguna bayi perempuan ini lahir pada 17 Mac 2020.

Kisah mengenai bayi Siva Korona ini turut mendapat liputan media digital di Indonesia.

Di bawah kami kongsikan video nama-nama tersebut yang dikongsikan platforim digital tempatan, Syok :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.