Donald Trump Lantik CEO WWE, Vince McMahon Sebagai Penasihat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lama tak dengar nama Vince McMahon, CEO World Wrestling Entertainment (WWE) yang satu masa dahulu antara muka yang kerap muncul di TV bergusti bersama ahli gusti lain-lain untuk hiburan orang ramai.
Terbaru nama jutawan yang juga merupakan Chairman kepada WWE kembali hangat diperkatakan selepas dia dilantik menjadi salah seorang penasihat dalam Great American Economic Revival Industry Group oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump
Difahamkan kumpulan ini yang dibarisi ‘nama-nama’ besar yang akan membantu dari segi berkongsi nasihat dan pandangan dalam usaha AS memulihkan ekonominya selepas teruk dilanda pandemik Covid-19.
Memetik dari laporan Business Insider, para penasihat terdiri dari pelbagai sektor iaitu perbankan, peruncitan, sukan, teknologi dan ahli fikir.
Antara nama lain yang dilantik dalam bidang sukan adalah CEO Liberty Media, John Malone; pemilik kelab bola sepak Amerika, New England Patriots, Bob Kraft dan pemilik pasukan bola keranjang Dallas Mavericks, Mark Cuban.
Selain dari mereka kumpulan ini turut disertai individu dan usahawan berpengaruh seperti CEO McDonald’s, Chris Kempczinski; CEO 3M (Mike Roman); CEO Tesla (Elon Musk); CEO Coca-Cola (James Quincey); CEO Amazon (Jeff Bezos); CEO Apple (Tim Cook) dan CEO Facebook (Mark Zuckerberg).