fbpx
Now Reading
“Terima Kasih Lara” – Surat Dr Noor Hisham Kepada Peminat Cilik Jadi Perhatian

“Terima Kasih Lara” – Surat Dr Noor Hisham Kepada Peminat Cilik Jadi Perhatian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya nama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah terus meniti di bibir rakyat Malaysia kebelakangan ini.

Jika sebelum ini namanya menjadi bualan hangat selepas disenaraikan sebagai antara tiga doktor yang terbaik dan paling dipercayai di dunia oleh media China, kini namanya kembali menjadi sebutan susulan tular sekeping surat yang dipercayai dihantar oleh beliau kepada seorang peminat cilik, Lara Khadijah McAfee yang berumur 10 tahun.

Difahamkan surat itu sebagai respons dari surat yang dihantar oleh Lara kepadanya pada Mac lalu.

Menerusi perkongsian yang dilakukan abang Lara, Iman di Twitter , Lara turut mengirimkan seutas gelang ‘friendship band’ sebagai tanda persahabatan kepada Dr Noor Hisham

Dr Hisham yang terharu kemudian membalas surat tersebut dan berterima kasih kepada Lara.

Beliau bagaimanapun memilih untuk tidak menerima penghargaan itu sendirian sebaliknya menjelaskan segala usaha yang dilakukannya dalam menangani Covid-19 ini adalah usaha berpasukan.

Menerusi surat tersebut, Dr Hisham turut menyatakan gelang tersebut kini digunakan cucu perempuannya malah dia amat menyukainya.

Perkongsian Iman mengenai surat adiknya bersama Dr Noor Hisham itu setakat ini telah mendapat 26 ribu retweets dan 26 ribu tanda suka.

Malah Dr Hisham antara orang yang turut mengetik tanda suka pada perkongsian tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.