fbpx
Now Reading
Akad Nikah Secara Online Pertama Di Malaysia [Video]

Akad Nikah Secara Online Pertama Di Malaysia [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat julung kalinya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan satu majlis akad nikah secara online di negara kita.

Video akad nikah tersebut yang melibatakan pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, telah dikongsikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana, ( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebooknya

“Alhamdulillah, dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara,

“Majlis Pernikahan Muhammad Don Haadi bin Don Putra dan Nahdatul Aishah binti Mohd. Shariff selamat dilangsungkan secara dalam talian (online)

Tambahnya lagi, majlis tersebut jugak berjaya dilaksanakan kurang dari 15 minit seperti yang dibenarkan pihak berkuasa.

“Menariknya, tempoh masa yang ambil kurang dari 15 minit. Usaha ini selari dengan keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang membenarkan majlis akad nikah secara dalam talian.

Yang menariknya majlis tersebut yang berwalikan bapa pengantin perempuan En Mohd Sharif turut disaksikan beliau dan Pengarah JAWI Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.

MAJLIS AKAD NIKAH DALAM TALIAN (ONLINE) PERTAMA DI WILAYAH PERSEKUTUAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKANAlhamdulillah, dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, Majlis Pernikahan Muhammad Don Haadi bin Don Putra dan Nahdatul Aishah binti Mohd. Shariff selamat dilangsungkan secara dalam talian (online). Menariknya, tempoh masa yang ambil kurang dari 15 minit. Usaha ini selari dengan keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang membenarkan majlis akad nikah secara dalam talian. Selamat Pengantin Baharu Don Haadi dan Nahdatul Aishah. Moga berbahagia hingga ke syurga. Saya ingin mengucapkan tahniah atas insiatif JAWI dan semua pihak yang terlibat dalam majlis yang bersejarah ini.Pautan ke Youtube: https://youtu.be/CbsUI1Wf8BY

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Friday, April 17, 2020

Menerusi perkongsian tersebut bekas Mufti WP itu turut mengucakan tahniah buat pasangan tersebut juga kepada pihak JAWI atas inisiatif dan kejayaan mereka dalam mengadakan majlis bersejarah ini secara online.

“Selamat Pengantin Baharu Don Haadi dan Nahdatul Aishah. Moga berbahagia hingga ke syurga. Saya ingin mengucapkan tahniah atas insiatif JAWI dan semua pihak yang terlibat dalam majlis yang bersejarah ini”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.