Peminat Peluk Islam Selepas Dengar Lagu Aisyah Nyanyian Siti Nurhaliza
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa menyangka Lagu Aisyah Istri Rasulullah yang di cover penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh menjadi asbab seorang peminat memeluk islam.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh peminat terbabit menerusi ruangan komen pada video yang dimuat naik di akaun Youtube milik Tokti , Siti Official Video.
“Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam.
“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK.
“Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” tulisy individu terbabit.
Yang lebih mengharukan apabila komen tersebut kemudiannya menerima lebih dari 2,000 tanda suka malah turut dihujani respons yang positif dari pengguna lain samaada dari negara Malaysia juga dari negara jiran Indonesia
Ramai turut mengambil kesempatan mendoakan agar saudara baru tersebut untuk terus istiqamah
Memetik Harian Metro, Tokti memaklumkan yang dia mengetahui hal tersebut melaui ruangan komen miliknya.
Tokti turut berdoa agar semua pemintanya agar kekal istiqomah.
“Saya dapat tahu hal ini kerana ditulis di ruangan komen video lagu Aisyah Isteri Rasulullah yang saya nyanyikan semula. Bagi saya, Allah sudah memberikan dia hidayah dan lirik lagu itu mempunyai kebaikan dan keistimewaan yang menggerakkan hatinya. Semuanya Allah yang mengatur.
“Apa saja kebaikan yang berlaku, saya sangat bersyukur kerana ada perkara yang kita lakukan memberi dorongan kebaikan kepada orang lain. Doa saya supaya dia akan istiqamah kerana menjadi insan terpilih mendapatkan hidayah Allah.
“Secara jujur, sebagai penyanyi, saya juga berusaha menerapkan nilai-nilai baik dan positif di dalam lagu-lagu saya.
“Inilah yang saya usahakan kerana saya tahu, siapa pun kita, masing-masing ada peranan untuk mendorong orang lain menjadi insan yang lebih baik, bersemangat, tidak mudah putus asa serta bangkit.
Terdahulu, lagu original Aisyah nyanyian kumpulan Projector Band yang dicipta oleh gitaris mereka, Angah Razif pada tahun 2013 telah diubah liriknya dan diislamikkan menjadi Aisyah RA. oleh Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 .
Namun lagu versi Islamik mula tular di negara Indonesia selepas dinyanyikan beberapa orang selebriti dari Indonesia dan diberikan nama Aisyah Isteri Rasulullah