“Orang Tanya Kenapa Ustaz Buat Semua Ni? Nak Allah Sayang” – Ebit Lew
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rasanya nama nya tidak perlu perkenalkan lagi, sebut sahaja Ebit Lew, pasti semua orang dah cukup kenal bukan? Seorang pendakwah bebas yang begitu rajin menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak tanpa mengira kerakyatan, agama dan bangsa
Malah menerusi laman media sosialnya dapat dilihat rutinnya sepanjang PKP juga begitu sarat dengan aktiviti kemasyarakatan dengan menghulurkan sumbangan bukan sahaja buat para petugas barisan hadapan malahan golongan rakyat yang memerlukan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit berkongsikan kepada orang ramai kisah masa lalunya dan kenapa dia memilih jalan tersebut.
Cuma Nak Allah Sayang
Menurutnya, dia melakukan semua ini hanya kerana inginkan kasih sayang Maha pencipta.
Menerusi posting sama, Ustaz Ebit turut menceritakan penat lelah yang dihadapi sepanjang melakukan dakwah dan membantu golongan susah, namun semuanya dipermudahkan Allah
Tambah Ustaz Ebit lagi, dia begitu mensyukuri apa yang dia miliki ketika ini. Jika dahulu kehidupannya sukar sehingga terpaksa tidur di masjid hidup nya kini berubah malah syarikatnya pada ketika ini mempunyai 56 orang kakitangan dan semuanya cuti bergaji susulan dari PKP.
Mula berjinak dalam kerja kemasyaratan dari umurnya 12 tahun, cita-cita Ustaz Ebit dari dahulu adalah mahu belajar akhlak Nabi SAW dan mahu menyambung usaha Nabi SAW.