fbpx
Now Reading
Radin Lelong Kasut Di IG & Untung Disedekah Kepada Yang Memerlukan

Radin Lelong Kasut Di IG & Untung Disedekah Kepada Yang Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_KRT28BL6w/

Tanpa kita sedari sudah lebih sebulan kita berkurung di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki pertengahan fasa ke 3 .

Semua ini terpaksa dilakukan demi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sudah mengorbankan lebih 100,000 nyawa di seluruh dunia.

Tidak dinafikan walaupun banyak bantuan yang sudah dihulurkan kerajaan namun ianya belum mencukupi terutamanya buat golongan yang bekerja sendiri.

Merasakan perlu membuat sesuatu, penyampai radio ERA, RAdin sekali lagi mengambil inisiatif menghulurkan bantuan dengan mengadakan lelongan amal bagi membantu golongan yang terjejas.

Radin dan Haniff ERA sebelum ini telah menyumbangkan sebahagian gaji mereka untuk golongan terjejas teruk susulan arahan PKP

Menerusi instagram Radin mengumumkan penjualan amal tersebut yang akan berlangsung pada malam ini, isnin pada jam 9 malam.

“Assalammualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.

“Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.

“Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa ” tulisnya sebagai kapsyen

Difahamkan kesemua kasut yang akan dilelong adalah miliknya bersaiz 8 UK, ada yang baru dan belum pernah digunakan dan ada yang baru digunakan beberapa kali.

Terdahulu Radin ,Haniff Era dan seorang rakan mereka Amira dilaporkan bertindak menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada insan memerlukan.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.