fbpx
Now Reading
“Sanitize Tangan Korang..Bukan Mesin” – Juruteknik Dedah Banyak Mesin ATM Rosak Sebab Di Sembur Sanitizer

“Sanitize Tangan Korang..Bukan Mesin” – Juruteknik Dedah Banyak Mesin ATM Rosak Sebab Di Sembur Sanitizer

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/haqkosuka/posts/3119775721368717

Penularan wabak covid-19 benar-benar mengerunkan orang ramai. Namun satu yang baik mengenainya adalah virus ini mengajar manusia agar mementingkan kebersihan diri, juga kebersihan keadaan di sekeliling.

Namun penjagaan yang terlampau pun sebenarnya tidak begitu disarankan kerana ia mungkin menyukarkan orang lain tanpa kita sedari

Itu yang terjadi menurut seorang pengguna Facebook, Ishak Abu Jamin apabila rakannya, seorang juruteknik IT mendedahkan banyak skrin di mesin juruwang automatik (ATM) telah rosak dan gagal berfungsi kebelakangan ini.

Semuanya gara-gara ianya kerap di sembur dengan pembasmi kuman ( sanitizer) oleh segelintir individu yang terlampau menjaga kebersihan.

“Member kerja baiki ATM mengeluh, netizen ni rajin sangat sampai ‘sanitize’ skrin ATM dengan keyad (pad kekunci)

“Korang tak payah buat rajin ‘sanitize’ skrin ATM woi. Susahkan pengguna lain nak guna dah rosak pula,” tulisnya.

Menurutnya lagi, orang ramai yang ingin menjaga kebersihan hanya perlu menggunakan cecair pembasmi kuman itu sebelum dan selepas menggunakan mesin ATM.

“Cuma perlu ‘sanitize’ tangan korang sebelum dan selepas guna ATM mesin. Bukan mesin tu korang sembur. Aduh,” tulisnya lagi.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan saranan Ishak malah ada yang mencadangkan agar pengguna menggunakan wet tissue untuk mengelap skrin berbanding menyembur menggunakan sanitizer.

Namun ada juga yang meminta pihak Bank untuk meletakkan notis bagi sebagai tanda peringatan buat orang ramai dikhuatiri ada yang melakukan perkara yang sama di kemudian hari.a

Perkongsian itu setakat ini telah menerima 3 ribu perkongsian dan 600 tanda suka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.