fbpx
Now Reading
Bella Astillah Bagi Hint Sudah Berkahwin ?

Bella Astillah Bagi Hint Sudah Berkahwin ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun status hubungan penyanyi Bella Astillah bersama bekas suaminya Aliff Aziz masih menjadi tanda tanya, Bella bagaimapun bagai memberikan satu mesej kepada peminat melalui Instastory miliknya bahawa dia sudah berpunya.

Difahamkan dalam satu kempen kesedaran kanser payudara , kaum wanita dikehendaki memilih buah-buahan sebagai kod yang mewakili status diri masing-masing tanpa perlu menyebutnya.

Mereka kemudiannya akan memuat naik gambar buah-buahan tersebyt di media sosial milik mereka.

Untuk Bella pula, dia memilih memuat naik dua jenis buah-buahan yang berbeza iaitu pisang dan avocado yang membawa maksud ‘sudah berkahwin’dan ‘sudah dimiliki’

Memetik Gempak, Bella bagaimanapun memilih untuk membiarkan tidak menafikan mahupun mengiyakannya

“Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan.

“Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing,” katanya tersenyum penuh makna.

Tambah pelakon cantik itu lagi, dia lebih selesa untuk tidak membuka hal peribadinya bagi mengelakkan perkara lama berulang

“Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial kerana tidak mahu mengulangi perkara lepas.

“Saya belajar daripada kejadian yang lepas-lepas dan ia mengajar saya menjadi lebih matang sekarang,” katanya positif.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.