fbpx
Now Reading
Vivy Yusof Sumbang 1,700 Tudung dUCk Scarves Kepada Frontliners
Vivy yusof sumbang tudung duck scarves kepada frontliners

Vivy Yusof Sumbang 1,700 Tudung dUCk Scarves Kepada Frontliners

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_MN0RmgrqH/

Jika sebelum ini usahawan terkenal Vivy Yusof telah melancarkan kutipan dana bagi membantu frontliners yang terlibat dalam membasmi wabak Covid-19.

Terbaru dia telah mendermakan sebanyak 1,700 helai tudung jenama miliknya dUCk Scarves kepada petugas barisan petugas hadapan yang bertudung

Menurutnya dia ada menerima banyak mesej memintanya membantu pasukan barisan hadapan yang berhijab menyebabkan dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan.

“Saya banyak menerima DM yang meminta saya membantu frontliners dengan keperluan hijab mereka dan saya tidak boleh berdiam sahaja.
 
“Ini adalah cara paling pantas untuk membantu mereka. The Duckgroup mendermakan sejumlah 1,700 tudung dUCk (100% kapas, jadi ia tidak akan membuatkan mereka berasa panas) bernilai RM255,000 kepada frontliners,” katanya menerusi satu entri yang dikongsikan di Instagram.

Tambahnya sumbangan tersebut sudahpun diserahkan kepada Dr Siti Noor Munirah Ibrahim menerusi satu badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan IKRAM Malaysia.

“Hari ini sumbangan itu diterima oleh Dr. Siti Noor Munirah Ibrahim. Terima kasih kerana membantu kami dan harap anda akan mengedarkan sebaik mungkin. We love you frontliners! Harapnya dUCk ini akan menceriakan anda semua ketika waktu getir ini,” tulisnya.

Perkongsian Vivy menarik perhatian orang ramai di mana rata-rata mereka memuji tindakannya malah turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas sumbangan itu.

Selain dua inisiatif ini , Vivy juga bergabung menghasilkan PPE buat fronliners menerusi syarikatnya, Fashionvalet bersama Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) dan Imam Response & Relief Team (IMARET).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.