fbpx
Now Reading
Billboard di Amerika Syarikat Pamer Nasihat Nabi Muhammad

Billboard di Amerika Syarikat Pamer Nasihat Nabi Muhammad

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesuatu yang kedengaran pelik namun benar-benar terjadi apabila sebuah papan billboard di Chicago, Amerika Syarikat memaparkan 3 nasihat Nabi Muhammad SAW dalam berdepan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

Billboard tersebut di pamerkan Gain Peace, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berpangkalan di Chicago, Illinois.

Menerusi papan itu, 3 nasihat Rasulullah S.A.W yang dikongsikan adalah :

1) Cuci tangan anda dengan kerap
2) Jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti
3) Jangan mengunjungi kawasan yang dijangkiti

Nasihat yang diambil bersandarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim mengenai wabak mula dikongsi orang ramai terutama umat islam semenjak penularan wabak Covid-19 .

Sabda Rasulullah SAW: Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kisah billboard ini turut mendapat liputan beberapa media dari negara di Asia Barat juga media di UK

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.