fbpx
Now Reading
Foto Kontroversi Hishammuddin Dengan Buku Playboy, Jangan Menilai Buku Dengan Kulitnya

Foto Kontroversi Hishammuddin Dengan Buku Playboy, Jangan Menilai Buku Dengan Kulitnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh di media sosial mengenai gambar yang dimuat naik Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  di Twitter .

Difahamkan foto tersebut menjadi bualan netizen selepas menemui sesuatu yang ‘menarik’ pada rak di belakang beliau, iaitu majalah yang tertulis ‘Playboy’

Rasanya umum tahu yang majalah jenama Playboy adalah majalah  berkonsenpan gaya hidup dan hiburan khusus untuk kaum lelaki di seluruh dunia. Namun gambar-gambar didalamnya memang ‘padu maut’

Justeru ramai yang menyangkakan Hishammuddin tidak sengaja atau terlupa mengenai majalah tersebut yang tersusun rapi di raknya sehingga mengundang reaksi negatif dan bahan tawa dari netizen di media sosial.

So kira kantoi lah kan?

Haha . Tidak sama sekali. Pencarian demi pencarian yang dilakukan akhirnya berjaya menemui buku tersebut. Dan yang pasti sangakaan orang ramai meleset sama sekali.

 Buku ini sebenarnya adalah ‘Playboy The Book of Cigars Hardcover ‘oleh Aaron Sigmond.

Majalah ini diterbitkan khas untuk penggemar cigar atau bahasa melayunya cerut, sejenis tembakau yang digulung dan bahan tembakau yang telah dikeringkan serta diperam.

Anda boleh semak sendiri buku ini di Amazon atau pun laman membeli belah seperti Ebay.

Hishamuddin sendiri terhibur dan berkongsi mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya.

Jadi buat anda di luar sana, persepsi anda tidak semestinya betul. Sebab tu lah kot wujudnya peribahasa “Dont judge a book by its cover” .

Dan satu perkara yang menariknya kebanyakan buku di rak tersebut boleh dikategori bukan bahan bacaan harian sebaliknya lebih kepada koleksi buku mengenai pistol , pedang dan pelbagai lagi.

Hmm Cool jugak pak menteri kita ni.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.