fbpx
Now Reading
Harus Sambut 1 Syawal , Tapi Boleh Tangguhkan Perayaan

Harus Sambut 1 Syawal , Tapi Boleh Tangguhkan Perayaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang islam kita harus menyambut Aidilfitri tetapi bagi boleh menangguhkan sambutan itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu temubual di Facebook berkata, selepas menjalankan ibadah puasa, umat Islam wajib menyambut kedatangan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Secara ringkasnya, selepas sebulan berpuasa umat islam harus makan menyambut kedatangan syawal dengan menunaikan solat Aidilfitiri seperti saranan kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19

“Namun, cara sambutan itu perlu memadai dan mungkin tidak sama dengan perayaan lain dan lebih kepada tradisi,” katanya di Facebook, malam tadi.

Tambah bekas Mufti WP itu lagi, masyarakat harus mengekalkan penjarakan sosial dengan menghadkan kunjungan antara satu sama lain semasa hari raya.

Foto : iluminasi

Mereka juga boleh menangguhkan sambutan seperti majlis rumah terbuka yang membabitkan jumlah pengunjung yang ramai.

“Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Hari Raya AidilFitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Nasional setelah mendapat pandangan para ulama,” katanya.

Beliau diminta mengulas kemungkinan perayaan itu ditangguhkan sebagaimana langkah yang diambil Indonesia.

Terdahulu, kerajaan Indonesia memutuskan untuk menangguhkan sambutan Hari Raya Aidilftri ke 28 hingga 31 Disember untuk menghentikan pergerakan orang ramai ke kampung bagi mengelakkan penularan Covid-19. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.