
Kotak TV Samsung Boleh Diubah Jadi Rumah Kucing
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya Samsung semakin kreatif apabila memperkenalkan kotak pembungkus untuk televisyen mereka yang bukan sahaja mesra alam malah boleh diubah semula menjadi beberapa aksesori di rumah
Kotak pembungkus ini juga adalah satu inisiatif syarikat gergasi dari Korea ini dalam mengurangkan kesan jejak karbon sekali gus, menggalakkan amalan kitar semula.

Difahamkan bungkusan baru ini akan mula digunakan pada TV siri The Serif, The Frame dan The Sero mereka yang terbaru dan antara kelengkapan rumah yang boleh dilakukan adalah rumah kucing, tempat letak buku , rak pelbagai guna dan meja sudut

Bagi memudahkan pelanggan menghasilkan item tersebut, kotak ini juga direka dengan cetakan dot matrix dan manual khusus yang boleh di akses dengan mengimbas kod QR pada kotak berkenaan.

Terdahulu Samsung mengumumkan ketiga siri ini bakal memasuki pasaran tempatan namun mereka tidak meletakkan sebarang tarikh khusus.
Mereka juga ketika ini sedang bekerjasama dengan Dezeen, majalah gaya hidup yang berpangkalan di United Kingdom dengan menganjurkan pertandingan mereka produk kitar semula di seluruh dunia dari 6 April hingga 29 Mei 2020