fbpx
Now Reading
Nak Balik Dari Kampung? Mohon Menerusi Aplikasi GerakMalaysia Bermula 25 April Kata Ismail Sabri

Nak Balik Dari Kampung? Mohon Menerusi Aplikasi GerakMalaysia Bermula 25 April Kata Ismail Sabri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Orang ramai yang sebelum ini mengeluh apabila terkandas di kampung susulan pelaksanaan PKP difahamkan boleh berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.

Mereka bagaimanapun harus terlebih dahulu memohon kebenaran merentas negeri menerusi aplikasi GerakMalaysia atau di balai polis berhampiran bermula 25 April ini.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian pada petang rabu.

Menurutnya , kerajaan mendengar rintihan mereka dan memahami permasalah mereka yang sudah berada di kampung lebih dari sebulan dan mengerti yang mereka ingin pulang ke rumah mereka.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai rakyat kita berebut mahu pulang ke kampung masing-masing.

Sekatan Jalan raya di Jalan Pahang Foto : Malaymail

“Kebanyakan mereka sudah berada di kampung lebih sebulan, banyak aduan kami terima ada cakap tiada pakaian sudah mahu dipakai, resah tinggalkan rumah sudah lama atau bimbang rumah dipecah masuk.

“Ada juga dipisahkan dengan anak-anak dan kami memahami keresahan mereka lebih-lebih lagi apabila mendengar kerajaan memberi kelonggaran kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung masing-masing,” katanya pada sidang media harian rabu

Namun dia menerangkan ada perbezaan kenapa kelonggaran diberikan kepada penuntut berbanding mereka yang terkandas di kampung.

“Mereka (penuntut) kita sudah tahu jumlah sebenar dan status kesihatan mereka kerana hanya berada di kampus.

Aplikasi Gerak Malaysia yang dimiliki KKMM dilihat masih lagi dalam tempoh percubaan dan tiada fungsi lain sementara ini

“Tetapi berbeza dengan mereka berada di kampung yang tinggal berselerak dan kita tidak tahu jumlah sebenar mereka,” katanya.

Jadi bagi memastikan semuanya terkawal kerajaan perlu perlu melihat jumlah mereka kerana bimbang pergerakan besar-besaran akan berlaku nanti.

“Disebabkan itu, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing perlu melapor diri kepada polis menerusi aplikasi dalam talian dinamakan GerakMalaysia yang dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bermula 25 April ini,” katanya.

Setakat semalam, As of yesterday, the police and Armed Forces conducted 835 roadblocks nationwide, with 609,411 vehicles checked. 50,226 spot checks were also conducted, with 6,122 premises examined by the authorities.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.