fbpx
Now Reading
“Saya Jahil, Tak Pandai. Saya Bukan Ustaz” – Ustaz Ebit Lew

“Saya Jahil, Tak Pandai. Saya Bukan Ustaz” – Ustaz Ebit Lew

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak boleh dinafikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew antara individu yang dilihat begitu aktif sekali dalam membantu golongan yang memerlukan .

Namun pemergiannya ke kedah untuk membantu sebuah keluarga besar di sana yang begitu daif menjadi bualan ramai sehingga muncul mulut-mulut’ belakang’ yang kurang enak.

Susulan dari itu Ustaz Ebit Lew menerusi Facebooknya memohon maaf andai ada pihak yang tersinggung atas usahanya itu kepada masyarakat.

Tak apa orang buat kita, jangan kita buat orang

“Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang.

“Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

“Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal.

“Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Tiada niat sakitkan hati sesiapa

“Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

“Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu.

Belajarlah melihat dan mendengar dengan cinta

Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.