Dikurung Di Rumah Hantu Jika Ingkar PKP

Penularan wabak covid-19 di seluruh dunia ketika in benar-benar menakutkan. Setakat ini sahaja sudah 2,000,000 orang dijangkiti dengan angka korban terus meningkat melebihi 200,000 orang.

Namun angka ini belum cukup mengerunkan buat sesetengah orang yang berani ‘ke hulu ke hilir’ sehingga memaksa pihak berkuasa di beberapa negara mengambil pendekatan ‘luar kotak’ antaranya mengenakan kostum Koronavirus, menyamar menjadi hantu pocong dan banyak lagi.

Foto : Reuters

Terbaru, pihak berkuasa daerah Sragen, Jawa Tengah, Indonesia, memberi amaran kepada masyarakat di sana yang melanggar arahan dengan pulang ke kampung semasa PKP untuk ‘dihukum’ dengan dikurung di dalam rumah hantu.

Ngeri kan?

Ketua pemerintah Sragen ,Kusdinar Untung Yuni Sukowati dalam satu kenyataan berkata, beliau telah meminta Ketua Kampung Miri, Sragen, untuk menjalankan kerja pembersihan ke atas sebuah rumah tinggal yang dikatakan berhantu.

Keadaan pusat kuarantin di Desa Sepat, Kecamatan Masaran yang berhantu Foto: Detik

“Kalau memang degil silakan. Saya menerima laporan ada penduduk dari dua buah kampung ingkar. Satu di Plupuh dan satu lagi di kampung Sepat yang enggan dikuarantin.

“Saya minta pihak berkaitan tempatkan mereka di rumah hantu, memberi makanan dan kesihatan mereka juga akan dipantau,” ujarnya.

Kusdinar turut menjelaskan semua ini dilakukan hanya untuk ‘mengajar’ penduduk kampung yang ingkar pada arahan kerajaan .

Keadan di luar rumah kuarantin di Desa Sepat, Kecamatan Masaran Foto: Detik

Kita memang agak memaksa tetapi semua ini demi kebaikan seluruh penduduk.

“Kami harapkan hal ini menjadi pengajaran bagi orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan bagi memutus rantaian koronavirus,” katanya.

Difahamkan setakat ini sudah ada beberapa orang pemuda yang dikuarantin di sana. Kebanyakan mereka dilaporkan menyesal kerana melanggar arahan PKP.

Foto Kredit: Radar Bogor

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago