
Dr Amalina Bakri Sertai Pasukan Vaksin Covid-19 Di UK
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Doktor bedah Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Amalina Bakri dilaporkan mengganggotai pasukan mencari vaksin untuk virus Covid-19.
Menerusi Twitter, Dr Amalina berkata pasukan mereka ketika ini sedang menjalankan percubaan di Institut Kebangsaan Kajian Perubatan NIHR, Imperial College di London.
“Percubaan vaksin pertama UK, diketuai Dr Katrina Pollock, bermula di NIHR Kemudahan Kajian Klinikal Imperial di Imperial Kolej.
“Saya terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada mereka untuk beberapa minggu akan datang,” tulisnya di Twitter.
Universiti ke-3 terbaik di UK itu melalui laman web rasmi mereka memaklumkan kerajaan UK memperuntukkan £22.5 juta ( RM 121 Juta) untuk mempercepatkan proses pembangunan vaksin.
The first of the UK vaccine trials has started at the NIHR Imperial Clinical Research Facility @imperialcollege led by Dr Katrina Pollock. I’m involved in recruiting healthy volunteers and vaccinating them in the next few weeks.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) April 22, 2020