
Hikmah PKP, Siti Elizad Berjaya Khatam AL-Quran
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya pelakon dan pengacara Radio, Siti Elizad menggunakan sebaiknya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal sampai ke penghujung fasa ke 3 apabila berjaya khatam al-Quran
Menerusi Instagram, dia meluahkan rasa syukurnya malah berharap dapat memulakan satu lagi sesi baru sempena kedatangan bulan mulia yang akan tiba pada Jumaat ini.
“Alhamdullillah, saya diberi peluang untuk khatam al-Quran musim PKP sambil Work From Home (bekerja dari rumah) Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan tahun ni.
“Macam tak percaya dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth,” tulisnya sebagai kapsyen
Menerusi posting sama, Elizad turut memuat naik beberapa foto dia bersama suaminya sambil memegang kitab suci tersebut
Perkongsian Elizad mendapat respons positif dari pengikutnya malah ada juga diantara mereka yang berbuat perkara sama. Tidak kurang juga yang turut mendoakan agar pengacara Sinar FM ini dan suami dikurniakan zuriat pada tahun ini.