fbpx
Now Reading
“PKP Dilanjutkan Sehingga 12 Mei ” – PM

“PKP Dilanjutkan Sehingga 12 Mei ” – PM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk 2 minggu lagi dari 29 April sehingga 12 Mei 2020.

Pengumuman tersebut yang dilakukan sewaktu Perutusan Khas Ramadhan Perdana Menteri, difahamkan diambil memandangkan usaha-usaha untuk membendung wabak COVID 19 masih perlu diteruskan.

Menurut Muhyiddin, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang di ambil harus diteruskan sampai ke satu masa di mana kerajaan meyakini wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya

“Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung.

“Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya” katanya sewaktu perutusan khas tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.