fbpx
Now Reading
“Tidak Dibenarkan Solat Tarawih Secara Online” – Menteri Agama

“Tidak Dibenarkan Solat Tarawih Secara Online” – Menteri Agama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umat islam bakal menyambut Ramadhan yang tidak lama lagi. Namun susulan dari penularan wabak Covid-19 sebarang aktivit membabitkan perhimpuan keagamaan di tangguhkan di dalam negara.

Justeru buat pertama kalinya tahun ini seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam akan melalukan solat sunat terawih sama ada secara bersendirian ataupun berjemaah di rumah sendiri.

Namun disebalik arahan tersebut, timbul pertanyaan pada segelintir orang, adakah dibolehkan untuk solat berjemaah secara ‘online’ memandangkan sebelum ini banyak aktiviti yang dibolehkan dan dipermudahkan menerusi ‘video call’ antaranya nikah online.

Solat jemaah di rumah
Foto : Says.com

Memetik Laporan Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi pandangan beliau bahawa solat tarawih dengan cara sebegini tidak dibolehkan.

Syarat berimam dapat melihat dan tahu pergerakan imam

Menurutnya antara syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.

“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.

“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,” kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Panduan solat berjemaah oleh JAKIM

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan turut bersidang bagi membincangkan pendapat para ulama berhubung beberapa perkara.

“Hari ini kita akan lihat pandangan ulama mengenai solat tarawih, nikah online, jarak sosial dalam solat dan sebagainya. Kita nak dengar pandangan negeri-negeri lain berhubung perkara ini,” katanya.
 
Sebagai rekod, selain dari akad nikah, membayar zakat juga dibenarkan menggunakan kaedah online sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.