fbpx

Tular Foto Tony Fernandes Baca Buku Agama, Ini Respons PU Amin..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_RWgumn5O3/

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai aktiviti CEO AirAsia Group, Tony Fernandes yang dikongsi kepada umum sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jutawan berjaya itu menerusi Instagram berkongsi kepada orang ramai bahawa dia menghabiskan masa yang dimilikinya dengan membaca sebuah buku keagamaan.

“Meluangkan sebahagian masa yang ada untuk memahami saudara dan saudari saya dan agamanya. Masa untuk kita semua memahami, mempelajari dan bertoleransi.

“Buku yang menakjubkan. Gunakan masa anda untuk memperbaiki diri dan belajar lebih banyak lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Walaupun tidak mendedahkan secara langsung jenis buku atau topiknya , kulit dan grafik muka depan buku berkenaan dapat dilihat menggunakan kaligrafi jawi/arab sehingga mengundang pelbagai respons pengikutnya.

Posting tersebut bukan sahaja menarik perhatian orang ramai malahan golongan ahli politik, usahawan juga pendakwah antaranya Pencetus Ummah (PU) Amin.

Buku Mengenai Akhlah Rasulullah ‘Syamail Muhammadiah

Menerusi Instagram , PU Amin kemudian memberikan penjelasan ringkas bahawa buku tersebut adalah sebuah buku terjemahan hadis yang yang bercerita mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW, iaitu Syamail Muhammadiah

“Tony Fernandes sedang membaca dan memahami terjemahan buku ‘Syamail Muhammadiah’ . Buku Hadis yang lengkap menceritakan tentang akhlak , kehidupan dan cantik nya penciptaan Baginda Rasulullah Saw .

Semoga kita semua dapat belajar dari foto ini.

“Semoga Allah membuka ruang padanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad Saw.

“Semoga kita semua dapat belajar dari foto ini. Mengenal dan mencintai Rasulullah Saw adalah pengalaman yang cukup indah. Ya Rasulullah Akhlak Mu cukup indah . Ya Rasulullah kami rindukan Mu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.