Berkat Ramadan, 20 Tahun Terputus Hubungan, Anak & Ayah Akhirnya Bertemu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini kami ada melaporkan kisah seorang pemuda, Slash Zuindra yang memohon bantuan netizen untuk mencari ayahnya, Haizal Mohd Isa yang terputus hubungan selepas ibu dan ayahnya berpisah lebih 22 tahun dahulu.
Berbekalkan sekeping foto ayahnya, Slash mencuba nasib di media sosial dan ternyata ianya menampakkan sinar harapan apabila perkongsiannya di twitter sahaja telah di ulang ciap sebanyak 7500 kali .
Dia bagaimapun tidak dapat memberikan maklumat tambahan kerana info lain mengenai ayahnya hilang kerana keluarganya kerap berpindah sebelum ini.
Dua hari kemudiannya, Slash memaklumkan yang dia telah dihubungi oleh seorang rakan lama ibu dan ayahnya yang digelar Auntie Sofea, selepas kisah tersebut menjadi viral.
Berkat kedatatangan ramadan & kuasa viral
Namun siapa menyangka, berkat kedatangan ramadhan dan kuasa viral, Slash akhirnya berjaya menemui ayahnya tidak sampai seminggu kisahnya menjadi tular.
Menerusi perkongsian di Twitter, Slash pada mulanya memaklumkan atas bantuan netizen dan rakan polis dia berjaya menemui satu akaun Facebook yang dikhabarkan milik ayahnya
Meluahkan rasa berdebarnya, Slash bagaimanapun merasakan ada persamaan di antara individu tersebut dengan ayahnya; dimana keduanya meminati kumpulan rock, AXL
Rasanya dia tapi tak confirmed lagi..
Jumpa sekali pun jadi
Itu memang ayah aku.. Syukur!
Guys, aku call ayah guys . Tu memang ayah aku . Warga twitter, wartawan @mstaronline , @BuzzKini , Sakura dlln, aku dah jumpa ayah aku guy ! Aku menangis dulu sebelum call dia tadi.. Ya Allah syukur ! pic.twitter.com/QmZN5jNDU9
— 🅂🄻🄰🅂🄷 🅉🅄🄸🄽🄳🅁🄰 (@slashh_axl) April 23, 2020
Perbualan dari media sosial akhirnya bersambung ke video call, messenger dan whatsapp. Nampaknya impian Slash untuk menemui ayah nya sudah tercapai.
Kemudian menerusi satu lagi thread, Slash mengumumkan perkara tersebut kepada orang ramai. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada netizen dan rakan polis yang membantu dalam pencariannya.