Now Reading
“Meskipun Ramadan Tahun Ini Akan Berbeza, Aku Berharap….” – Puasa Tanpa Ashraff, BCL Dilihat Tabah

“Meskipun Ramadan Tahun Ini Akan Berbeza, Aku Berharap….” – Puasa Tanpa Ashraff, BCL Dilihat Tabah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menyambut bulan Ramadan pertama tanpa suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, selebriti terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari dilihat sudah sedikit tabah
 

Menerusi satu perkongsian di IG Story Bunga, 37, dan anaknya Noah Sinclair, 10, berkongsi ucapan Ramadan mereka untuk tatapan semua pengikut dan sahabat handai

“Marhaban ya Ramadan, selamat menunaikan puasa Ramadan 1441H untuk teman-teman semua

“Meskipun Ramadan tahun ini akan berbeza, aku berharap kita semua dapat menjalankan ibadah dengan lancar. 
 
“Semoga bulan ini membawa banyak berkah untuk kita semua,” tulis Bunga berserta gambar dirinya dilihat mengenakan telekung di IG Story.

Terdahulu suaminya, pelakon berasal dari Malaysia Ashraf Sinclair, 40, telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu

Mungkin terkesan kehilangannya Bunga langsung tidak memuat naik sebarang status di media sosial miliknya sebelum mula berkongsi sekeping foto hitam pada awal April sebagai tanda simbolik kepada kehilangan yang dirasai dalam hidupnya pada tahun ini.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.