“Maaf, jangan tag saya lagi kes orang susah” – Ebit Lew Luah Rasa Sedih Pengorbanan Disalaherti

Rasanya tak dapat dinafikan semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew antara individu yang dilihat begitu aktif dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Namun tiada siapa menyangka pemergiannya ke Kedah untuk membantu sebuah keluarga besar yang begitu daif baru-baru ini menjadi bualan segelintir orang sehingga menimbulkan satu suasana ‘tidak selesa’ dikalangan pendakwah kita.

Terbaru atas nasihat polis, ustaz Ebit akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan usaha secara langsungnya dalam membantu orang ramai sekurang-kurangnya sehingga tamat PKP.

Namun coretan beliau di Facebook selepas pulang dari Cawangan Khas Bukit Aman, menampakkan betapa kecewanya pendakwah ini setelah segala usaha dan inisiatifnya disalah ertikan sesetengah pihak .

Terpaksa beri penjelasan kerana ada aduan

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.

“Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.

Minta maaf andai menyusahkan mana-mana pihak

“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.

“Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.

“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Jadikan Facebook medan berkongsi rasa sayang

“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

Atas nasihat berehat seketika

Tambah pendakwah itu lagi, dia akan tetap membantu orang ramai dengan menghulurkan bantuan kewangan secara online sekiranya memerlukan.

“Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu” tulisnya lagi.

“Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau”

Perkongsian Ustaz Ebit di FB benar-benar membuatkan pengikutnya dan rata-rata rakyat Malaysia bersedih apatah lagi seluruh negara sebelum ini sudah menjadi saksi pendakwah ini antara individu yang tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan sepanjang pelaksanaan PKP

Terus bertabah Ustaz, kebanyakan rakyat Malaysia dibelakang ustaz.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

5 hours ago