fbpx
Now Reading
Rentas Negeri Dari 1 – 3 Mei, Mohon Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bermula 26 April

Rentas Negeri Dari 1 – 3 Mei, Mohon Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bermula 26 April

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat rakyat Malaysia yang merancang untuk pulang ke bandar dari kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia bermula Ahad, 26 April 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata mereka yang layak (berada di kampung dan ingin pulang ke rumah) boleh membuat permohonan tersebut dimana tarikh untuk merentasi negeri seperti yang dibenarkan kerajaan ialah 1 hingga 3 mei .

Mohon pada 26 April & Kemas kini permohonan pada 29 April

“Bagi yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 26 April (esok), mereka perlu mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan.

Semakan status pada 1 Mei

“Semakan status permohonan itu boleh dibuat pada 1 Mei juga melalui dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, orang ramai yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia boleh membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran perjalanan di balai polis berdekatan namun keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkenaan, pengguna jalan raya dikehendaki merancang perjalanan mereka mengikut syarat ditetapkan.

“Bagi mereka yang mengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) diingatkan bahawa tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

“Surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan termasuklah di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kenderaan dan lain-lain,” katanya.

Tambah Huzir lagi, kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat namun orang ramai tidak dibenar keluar daripada kenderaan sepanjang berada di sana kecuali untuk menggunakan tandas awam.

“Stesen minyak hanya akan beroperasi antara 6.00 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melakukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.

“Satu kenyataan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan pada hari ini dan diikuti dengan sidang media pada 29 April mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan teratur,” katanya.

Terdahulu pada 22 April, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh PKP dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu.

Setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan kepada pihak polis secara dalam talian bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan.

Kredit foto header : Pandulaju

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.