fbpx
Now Reading
“Ustaz Tak Bersalah” – Anak Pak Aq Buka Mulut Tepis Dakwaan Ustaz Ebit Lew Aibkan Keluarga

“Ustaz Tak Bersalah” – Anak Pak Aq Buka Mulut Tepis Dakwaan Ustaz Ebit Lew Aibkan Keluarga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keputusan yang diambil pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew untuk menghentikan usaha secara langsungnya dalam membantu orang ramai sepanjang PKP benar-benar mengejutkan orang ramai.

Beliau yang berbuat demikian atas saranan PDRM bagaimanapun meluahkan rasa sedih kerana tindakannya ke Kedah baru-baru disalah erti sehinga ada dakwaan mengatakan ustaz Ebit seakan mengaibkan keluarga Ishak Darus atau Pak Aq, yang dibantunya apabila berkongsi foto-foto keluarga tersebut di laman Facebook miliknya.

Perkata itu akhinrnya turut sampai ke pengetahuan seorang Anak Pak Aq, Siti Nor Saadiahton. Menurutnya keputusan yang diambil Ustaz untuk berehat seketika membuatkan dia sangat bersedih.

Menyantuni mereka sekeluarga dengan baik

“Ustaz tak bersalah, beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu,” kata Siti Nor Saadiahton Ishak.

Menurutnya lagi, sekiranya Ustaz Ebit dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman berhubung bantuan yang dihulurkan kepada keluarganya, dia berdoa semoga Allah membuka jalan dan rezeki yang lebih luas buat Ebit membantu golongan yang memerlukan selepas ini.

Kehadiran membawa sinar baharu untuk keluarga berubah

“Sesiapa pun yang membuat laporan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Ustaz, ketahuilah bahawa kehadiran Ustaz ke rumah kami tempoh hari membawa sinar baharu untuk keluarga saya berubah.

“Selama ini kami sekeluarga hargai setiap bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid, bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak.

“Kemudian Allah aturkan pula pertolongan daripada Ustaz yang sememangnya pada ketika itu kami sekeluarga mahu berpindah, tiada siapa yang bersalah dan kami menerima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Anak saudara mahu jadi seperti Ustaz Ebit bila dewasa

“Anak-anak saudara saya sendiri sejak jumpa Ustaz Ebit Lew tak pernah lekang daripada mulut mereka menyebut nama Ustaz, mereka berulang menyuarakan mahu ke sekolah dan jadi seperti Ustaz apabila dewasa nanti.

Sudah lali dihina

“Kami sudah lali dihina orang. Namun kehadiran Ustaz memberi sinar untuk keluarga kami menjadi lebih baik, saya doakan Ustaz tak putus asa dan percayalah lebih ramai di luar sana masih memerlukan Ustaz.

“Semoga Allah memelihara dan melindungi Ustaz selalu,” kata anak kepada pasangan, Jamaliah Rejab, 54, dan Ishak Darus, 77, itu.

Hasil dari kedatangan Ebit Lew kesana, pendakawah bebas itu berjaya memujuk keluarga tersebut untuk berpindah ke kediaman baharu yang disewa oleh pendakwah itu, yang lebih selesa terletak di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di Alor Setar, Isnin lalu.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman menghargai usaha Ustaz Ebit Lew dan pasukannya di atas kemahiran mereka yang berjaya memujuk keluarga Pak Aq keluar daripada kediaman berkenaan semalam selepas usaha mereka sebelum ini untuk menempatkan mereka ke penempatan baru gagal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.