fbpx
Now Reading
Dah Tak Kelakar, Wanita Buat Laporan Polis Selepas Terima Komen Hinaan Di FB ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’

Dah Tak Kelakar, Wanita Buat Laporan Polis Selepas Terima Komen Hinaan Di FB ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepanjang PKP ini, suri rumah dan para ibu dilihat bagai menerima suntikan baru dengan kewujudan grup facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHN) .

Percaya atau tidak dalam masa 1 minggu penubuhan grup ini sudah  berjaya mengumpul lebih 1.6 juta pengikut se

Malah grup ini turut disebut YAB Perdana Menteri dalam satu perutusan khas Ramadhan beberapa hari lalu

Grup ini berjaya meraih lebih 1.6 juta pengikut dalam seminggu

Namun terbaru, grup ini difahamkan sudah terpalit dengan satu cerita kurang enak membabitkan ahli-ahlinya apabila tular satu salinan laporan polis di media sosial.

Menerusi laporan tersebut seorang wanita mendakwa dua individu telah menghina masakan yang dimuat naiknya , dengan meninggalkan komen berbaur kesat dan berserta emoticon khinzir pada postingnya.

“Saya telah melihat 1 post berkaitan masakan saya. Saya telah memuat naik gambar masakan saya di dalam Facebook Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

“Dua pemilik akaun nama Jaja dan LOF Rina telah menghina masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan-bukan tentang masakan saya, siap ada gambar babi dan sebagainya,” katanya.

Difahamkan wanita ini sebelum itu telah memuat naik foto pau rentung yang dimasaknya ke dalam grup facebook terbabit. Namun tidak seperti posting lain yang mengundang gelak tawa orang ramai, posting nya telah mendapat kecaman hebat dari beberapa ahli grup terbabit.

Menerusi salinan itu juga, dapat dilihat yang laporan tersebut telah dilakukan pada 22 April di Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh. Ia bagaimanapun telah dipadam selepas dikecam hebat ahli grup tersebut.

Menurutnya lagi, niatnya hanya untuk berkongsi gambar makanan itu sahaja dan tidak menyangka dihamburi kata-kata hinaan.

“Tujuan saya buat laporan polis adalah untuk minta mereka memohon maaf secara terbuka dan untuk rujukan pihak berkenaan,” tulis laporan itu lagi

Orang ramai bagaimanapun dilihat tidak bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan.

Malah seorang moderator grup berkenaan turut menyatakan perkara berkenaan sepatutnya dilaporkan kepada pengendali grup mereka dan bukannya pihak polis

Dia turut menasihati ahli didalam grup berkenaan agar menjaga tutur kata bagi mengelakkan kejadian sedemikian rupa berlaku lagi di lain waktu.

“Mohon sesiapa ada menghina atau berkata kesat, report pada admin grup, bukan pihak polis. Mereka banyak kerja yang mereka nak selesaikan lagi.

“Tolong jangan bebani pihak berkuasa dengan masalah remeh-temeh dan tolong, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

“Dan mohon semua jaga tutur kata bagi mengelak grup kita bersama dari menjadi kecaman netizen dan grup atau page lain,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.