
Hikmah PKP, Neelofa Buka Grup Telegram Kongsi Tips, Ilmu dan Doa Sempena Ramadan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya selebriti versatil Neelofa menggunakan masa yang terluang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dengan membuka saluran telegramnya sendiri untuk berkongsi bahan ilmiah bersama peminatnya.
Saluran ini yang dibuka khas sempena Ramadan bukan sahaja sarat dengan info-info menarik malah turut dimuatkan dengan tips berkaitan solat, agama, bahan motivasi, klip video ceramah dan pelbagai lagi.
Yang menariknya saluran yang baru sahaja dilancarkan seminggu lalu itu diuruskan sendiri oleh model juga pengasas produk tudung Naelofar ini.

“Tahun ini, kita menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan untuk keluar daripada kediaman masing-masing. Justeru, kita manfaatkan masa yang ada dengan perkara berfaedah.
“Jika dahulu kita tidak sempat, sekarang alhamdulillah dan ini antara keindahan Ramadan pada kali ini,” katanya kepada Gempak.

Dengan 114,000 pengikut, Neelofa menjadikan saluran tersebut sebagai platform untuknya berkongsi ilmu apatah lagi menurutnya ramadan kali ini cukup istimewa berbanding tahun sebelumnya
“Selama ini ramai yang bertanya kepada saya, apakah doa yang saya amalkan sehari-hari dan surah apakah yang menjadi kegemaran. Saya cuba berkongsi di Instagram Stories, tetapi disebabkan limitasi durasi, perkongsian menjadi terbatas. Kalau terlalu banyak yang dikongsi, takut orang jemu dan tak baca.

“Jadi dengan saluran Telegram ini, saya lebih bebas untuk berkongsi apa sahaja yang bermanfaat, asalkan tidak meyimpang. Saya harap, perkongsian ini dapat dimanfaatkan pada keadaan sukar seperti sekarang,” katanya lagi.
Buat anda yang ingin mengikuti grup telegram Neelofa boleh lah ke pautan link di sini : https://t.me/NeelofaTelegram