Tidak Buat Salah, Ustaz Abu Syafiq Enggan Mohon Maaf
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada siapa menyangka pemergian penceramah bebas Ustaz Ebit Lew ke Kedah baru-baru ini untuk membantu sebuah keluarga besar yang begitu daif baru-baru ini mendapat tentangan beberapa pihak
Antara nama yang sering dikaitkan dengan isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang menurut orang ramai telah memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara Ustaz Ebit Lew berkongsi foto-foto mereka yang telah menerima sumbangan.
Terbaru, menerusi satu temu bual telefon yang dilakukan bersama bekas wartawan TV3 , Ryzal Ibrahim, Ustaz Abu Syafiq berkata kenyataannya mengenai menjaga aib orang miskin sebenarnya ditujukan secara umum dan tidak tertumpu kepada Ustaz Ebit Lew sahaja
Tidak kenal UEL
Malah menurutnya dia tidak mengenali Ustaz Ebit Lew, namun memandangkan kenyataannya berpadanan dengan aktiviti yang dilakukan oleh pendakwah bebas itu ramai menyangka status tersebut di tujukan kepadanya
“Demi Allah masa tu saya tak tahu pun ada Ebit Lew masukkan (foto) dalam Facebook dia .. Saya pun tak follow dia.. Saya tak tahu langsung, tapi diorang (netizen) ambil statement saya dicantumkan (dikaitkan dengan Ustaz Ebit Lew)
Malah menurut Syafiq lagi dia sendiri tidak mengenali Ebit Lew dan tidak pernah berhubung dengannya.
“Kenyataan saya tiada kaitan pun dengan Ebit Lew sebelum ini…saya tidak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia…” jelas Ustaz Syafiq didalam temu bual itu lagi
Namun dia mula membincangkan isu perkongsian ustaz Ebit dan mengeluarkan pendapatnya selepas isu itu menjadi tular.
“Lepas dari tu baru saya tahu.. Buat baik saya kata teruskan, tiada masalah cuma kena jaga cara sahaja”
Saya tak salah
Tambah Abu Syafiq lagi, dia merasakan tidak perlu memohon maaf kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila diajukan soalan sama ada dia akan melakukan permohonan maaf.
“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah…” jelasnya kepada Ryzal.
Apa pun keadaanya selepas ini , diharap semua dapat bertenang dan menyelesaikan perkara ini dengan baik tanpa sebarang permusuhan. Apatah lagi kita kini sedang berada didalam bulia mulia.