fbpx
Now Reading
“Kita Cuma Nak Bawa Kasih Sayang.. Tak Faham Kenapa Orang Kacau ” – Ustaz Ebit Lew

“Kita Cuma Nak Bawa Kasih Sayang.. Tak Faham Kenapa Orang Kacau ” – Ustaz Ebit Lew

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas sekian lama menahan air mata, ustaz Ebit Lew akhirnya kecundang juga. Dia yang sebelum ini untuk meluahkan rasa hati dengan menulis di Facebook akhirnya memilih untuk bersiaran di Facebook Live .

Namun sepanjang bersiaran langsung, Ustaz Ebit dilihat berulang kali menitiskan air mata. Deraian air mata yang menterjermahkan perasaan kecewanya di saat ini.

Semua ini gara-gara ujian yang dihadapi ustaz Ebit apabila usaha dan kerja amal yang dilakukannya dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Tiada niat bergaduh

Menerusi siaran itu, Ustaz Ebit turut berkata dia lansung tiada niat untuk berselisih pendapat dengan sesiapa sebaliknya hanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, sama seperti yang pernah diterimanya satu masa dahulu.

“Bukan nak bergaduh, kita tak sentuh siapa-siapa, tak sebut nama siapa-siapa, kita tak kacau siapa pun, tiba-tiba ujian datang. Saya rasa takut dan sedih…”

Mengaku diugut

Tambahnya pendakwah bebas itu lagi dia tidak akan membalas segala kejian dan kata nista yang diterimanya, kerana semua itu bukan lah caranya .

“Saya susah nak benci orang dari dulu, nak lawan orang, kata (tidak baik) dan bergaduh pada siapa-siapa.. tapi kebelakangan orang tidak berhenti datang nak cari gaduh dengan saya, cakap bukan-bukan malah ugut saya bukan-bukan…”

Posted by Ebit Lew on Monday, 27 April 2020

Dunia ini tak seindah yang kita sangka

Namun apa yang mengecewakannya lagi, dunia tak seindah yang disangka, walaupun niatnya hanyalah untuk membawa kasih sayang didalam dunia, masih ada lagi orang yang membenci.

“Kita cuma nak bawak kasih sayang dalam dunia, tolong orang , tapi tak faham kenapa orang nak kacau, berdengki dan salahkan kita “

Tambahnya dia memilih untuk berserah segalanya kepada Allah dan tidak ingin menyimpan sebarang rasa dendam dalam hati. Dalam masa sama, Ustaz Ebit turut meminta maaf sekiranya kerja-kerja yang dilakukannya telah menyebabkan segelintir pihak terasa hati.

Dalam pada itu Ustaz Ebit turut meluahkan rasa terharu dan rasa terima kasih kepada orang ramai yang berterusan menyokong usahanya.

Dia juga berlapang dada dan menganggap segala tuduhan yang diterimanya adalah ujian hidup menandakan Allah sayang kepada hambaNya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.