fbpx
Now Reading
Masjid Di Turki Di Ubah Menjadi Mini Market Bantu Golongan Memerlukan

Masjid Di Turki Di Ubah Menjadi Mini Market Bantu Golongan Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 yang begitu mengganas memaksa kebanyakan negara menghentikan sebarang aktiviti keagamaan. Tidak terkecuali masjid-masjid di Turki yang turut menggantung aktiviti solat jemaah mereka.

Namun Masjid Dedeman di daerah Sariyer, Istanbul ini mengambil inisiatif dengan membantu orang ramai yang terkesan dengan mengubah masjid mereka menjadi mini market sejak beberapa minggu lalu.

Namun segala barangan didalam masjid ini bukan untuk dijual sebaliknya akan diagihkan kepada golongan miskin di kawasan terbabit.

Idea yang dicetuskan imam Masjid Dedeman,  Abdul Samet Cakir ,33 difahamkan berjaya membantu 120 individu miskin setiap hari dengan senarai yang memerlukan bantuan adalah lebih 900 orang.

“Selepas aktiviti solat berjemaah digantung, saya mendapat satu idea baru dalam memberi ‘nafas baru’ kepada masjid dengan menyatukan mereka yang berkemampuan dengan orang ramai yang memerlukan,” kata Imam Cakir.

Idea ini menurutnya diinspirasikan dari ‘sadaka tasi’ , satu tradisi lama warga turki dalam menderma dengan menyediakan ‘batu yang terdapat ruang kosong di tengahnya’ yang akan di isi dengan barang keperluan sebagai sumbangan buat para fakir miskin.

Batu Sadaka Tasi yang menjadi inspirasi Imam Cakir

Bagi Masjid Dedeman, rak yang sebelum ini dipenuhi kasut kini disusun dengan makanan dan barangan keperluan harian .

“Kami akan bertugas sepanjang hari. Kami akan memanggil 15 orang setiap setengah jam jadi kami dapat mematuhi penjarakan sosial dan tidak menyebabkan orang ramai beratur panjang

“Kami cuba sebagaik mungkin untuk membantu saudara-saudara kami tanpa menyinggung perasaan mereka” terang imam muda itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.