
Cadang Hapuskan Tulisan Cina, Michael Ang & Alvin Chong Kecewa Dengan Kenyataan Ustaz Syafiq [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Belum pun reda dengan kes nya yang didakwa mempertikaikan usaha Ustaz Ebit Lew dan kes mahkamah yang membabitkan penceramah Amin Idris, Ustaz Syafiq kini difahamkan sekali lagi menjadi topik hangat selepas tular satu video di Twitter yang dimuat naik seorang pengguna , khalids
Difahamkan menerusi video tersebut yang tidak diketahui tarikh rakamannya itu, Ustaz Abu Syafiq telah mencadangkan agar semua rakyat Malaysia menghapuskan tulisan Cina.
Dia dalam masa sama turut mencadangkan agar orang ramai membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut.
This is not what the Prophet taught us. This is not an ustaz. This is syaitan in human form. Before Dajjal's arrival they come to lead people astray. pic.twitter.com/jkcp7kZqOr
— Khalid (@khalids) April 27, 2020
Tambahnya tindakan ini wajar kerana Malaysia telah mempunyai bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu malah tulisan serta bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan.
Ini mencetuskan kemarahan netizen yang merasakan kenyataannya adalah sangat tidak wajar. Pengarah terkenal Michael And, dan pelakon Alvin Chong antara individu yang turut terkesan dengan kenyataan tersebut.
Malu to know he is a muslim

Pengarah yang baru sahaja memeluk islam pada April tahun lalu itu turut meluahkan rasa kesalnya dengan kenyataan yang didakwanya bersifat perkauman
Budak 3 tahun lagi matang

Bagi pelakon ini pula, kenyataan ustaz Abu Syafiq tidak menggambarkan identitinya sebagai seorang ustaz malah menurutnya anak kecil berumur tiga tahun lebih matang dari pendakwah tersebut.