Kerana Salah Faham ‘Kes Import’ Akaun KKM Diserang Netizen Indonesia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa menyangka hanya kerana salah faham kecil mengenai kenyataan KP Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan kes import COVID-19 di negara kita akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diserang bertubi-tubi oleh netizen dari Indonesia
Menerusi satu sidang media harian KKM berkaitan jangkitan Covid-19 di negara kita, Dr Hisham yang berpandukan data KKM memberitahu 70 peratus kes import COVID-19 di Malaysia adalah berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Indonesia.
Kenyataan beliau ini merujuk kepada 99 orang rakyat Malaysia yang baru tiba dari Indonesia dan disahkan positif Covid-19.
Namun sebuah portal di Indonesia yang tersilap faham mengenai perkara ini kemudiannya memuat naik posting menghentam KKM seolah-olah badan kesihatan negara kita itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa 70 peratus kes keseluruhan COVID-19 berasal daripada negara mereka.
Ini menyebabkan segelintir netizen dari sana kemudiannya terus menyerang akaun Instagram milik KKM dan juga Dr Noor Hisham. Perkara ini jelas dapat dilihat menerusi satu posting yang dimuat naik KKM pada malam tadi.
Dalam masa sama ramai rakyat Malaysia dan segelintir rakyat Indonesia yang cuma memperbetulkan keadaan dengan menerangkan maksud sebenar kenyataan yang di keluarkan Dr Noor Hisham dan media tempatan.
Malah di ruangan komen pada posting yang di muat naik portal Indonesia terbabit terdapat beberapa kerat rakyat mereka yang turut tampil menjelaskan perkara sebenar.
Namun setakat artikel ini ditulis boleh dikatakan serangan yang diterima di akaun media sosial KKM sudahpun berkurangan.
Namun asakan ini tidak akan sepenuhnya berhenti melainkan pemilik akaun dari Indonesia tersebut memperbetulkan sendiri tuduhan tidak berasasnya.