fbpx
Now Reading
Orang Ramai Dibenarkan Keluar Berdua Bermula PKP Fasa 4

Orang Ramai Dibenarkan Keluar Berdua Bermula PKP Fasa 4

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 yang bermula hari ini dilonggarkan dimana ketua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan boleh membawa seorang lagi ahli bersamanya.

Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Namun menerusi warta persekutuan itu, individu yang keluar bersama mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.

Peraturan yang dikemaskini itu uga memperluas barangan yang boleh dibeli oleh orang ramai.

Peraturan sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah mereka untuk membeli “makanan, ubatan, vitamin atau keperluan harian.”

Walau bagaimanapun, peraturan terbaru menambah “barangan dari mana-mana pembekal perkhidmatan penting” ke dalam senarai berkenaan.

Peraturan baru yang diwartakan itu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Adham Baba.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.