
Tempah Cincin Lambang Diraja Johor, Wak Doyok Buat Permohonan Maaf
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama ikon fesyen, Wak Doyok menjadi sebutan dari pagi selasa susulan tularnya gambar sebuah cincin yang didakwa telah ditempah olehnya yang menggunakan lambang diraja Johor.
Lebih mengejutkan isu ini turut mendapat perhatian Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar yang turut mempersoalkan tindakan wak doyok menempah cincik berkenaan.
Dalam masa sama baginda turut berkongsi screenshot yang diambil dari posting asal yang di muat naik pemilik Instagram Caroz Wooden, sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan yang memperlihatkan cincin yang ditempah usahawan tersebut.
Wak Doyok boleh perjelaskan?

Menurut Tunku Idris ,Wak Doyok perlu memberi penjelasan kerana ianya jelas telah melanggar undang-undang. Pesalah yang menggunakan lambang diraja bagi tujuan peribadi boleh dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang
Permohonan maaf Wak Doyok
Terbaru menerusi Isntagram, Wak Doyok tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas ‘kecuaiannya’. Menurut Wak, dia mengakui kesilapannya menempah cincin tersebut kerana kurang berpengetahuan mengenai batas protokol diraja.
“Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.
“Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan.
“Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja. @tunku_idris 🙏🏻 Daulat Tuanku 🙏🏻 Wassalaam” tulis Wak Doyok di Instagramnya
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri Johor, mana-mana individu yang didatapi menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah tanpa mendapat kebenaran bertulis dari DYMM Sultan Johor boleh disabitkan kesalahan.
Jika bersalah individu tersebut boleh didenda tidak kurang daripada RM250000 dan tidak melebihi RM500000 atau hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun.