fbpx
Now Reading
Kempen ‘Light It Blue’ Tanda Sokongan Kepada Frontliner Bermula Malam Ini

Kempen ‘Light It Blue’ Tanda Sokongan Kepada Frontliner Bermula Malam Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wilayah Persekutuan bermula pada malam ini akan dilimpahi lampu berwarna biru sebagai tanda menghargai pengorbanan frontliners dalam menangangi wabak Covid-19

Pengumuman kempen yang diberikan nama Light it Blue atau Limpahan Lampu Biru ini dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu kenyataan rasmi pada rabu

“Tujuan utama program ini adalah sebagai tanda ucapan terima kasih terhadap pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat pasukan barisan hadapan yang bertugas tanpa sempadan memerangi wabak Covid-19 untuk rakyat Malaysia.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan menzahirkan tanda penghargaan dan solidariti kepada semua petugas barisan hadapan,” katanya.

Difahamkan bagi kempen ini jalan-jalan protokol dan bangunan ikonik di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan disinari lampu berwarna biru.

“Warna biru dipilih adalah kerana ia adalah warna rasmi bidang perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.

“Sebanyak 35 buah bangunan dan kawasan terpilih dinyalakan dengan lampu biru ini sebagai simbolik penghargaan seluruh rakyat Malaysia.

“Orang ramai juga digalakkan untuk memasang lampu biru di kediaman masing-masing tetapi bukan satu kewajiban memandangkan semua pihak perlu mematuhi arahan semasa PKP. 

“Orang ramai boleh berkongsi kreativiti mereka di laman sosial menggunakan hashtag #LightItBlueWP dan #LimpahanLampuBiruWP,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.