fbpx
Now Reading
“Penglihatan Mak Semakin Kabur, Kerap Menangis Selepas Arwah Pergi ” – Ali Puteh

“Penglihatan Mak Semakin Kabur, Kerap Menangis Selepas Arwah Pergi ” – Ali Puteh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketiadaan Abam Bocik di pangkuan keluarganya buat Ramadhan kali ini benar-benar menimbulan satu suasana berbeza buat keluarga Ali Puteh.

Berkongsikan kan keadaan ibunya, Sabariah Arshad, Ali mengetahui yang ibunya begitu merindui kehilangan arwah Abam

Menurut Ali lagi, ibunya kerap dilihat kerap termenung pada waktu berbuka malah dia dan yang lain turut merindui kelibat abangnya itu.

“Setiap kali hendak berbuka puasa, emak mesti termenung. Bukan emak sahaja, kami sekeluarga rindu kehadiran arwah terutama pada bulan Ramadan

“Namun, semua tinggal kenangan. Tahun ini, memang terasa janggal kerana kurang seorang dalam anggota keluarga kami. Apabila tiba waktu berbuka puasa, bagaikan terbayang arwah ada bersama.

“Melihat emak yang sentiasa termenung, lagilah sedih. Apa yang boleh saya katakan kepada emak hanyalah meminta dia mendoakan kesejahteraan arwah dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Menurut Ali lagi, kesihatan ibunya juga semakin merosot. Selain dari masalah kaki membengkak, penglihatannya juga semakin kabur dikhuatiri kerana terlalu kerap menangis.

“Sebelum ini, emak ada masalah kaki sehingga terpaksa dibedah. Sekarang, penyakit lamanya datang kembali. Kaki menjadi bengkak sehingga terpaksa duduk di kerusi roda setiap masa.

“Penglihatan emak juga semakin kabur akibat kerosakan kornea. Mungkin ini berpunca apabila dia kerap menangis selepas pemergian arwah.

“Sebelum ini, arwah kerap membawanya ke hospital untuk rawatan mata. Insya-Allah selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya akan membawa emak berjumpa doktor,” katanya.

Terdahulu pelawak popular dari kumpulan Bocey itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.