fbpx
Now Reading
“Telan Jerlah Air Liur Tu” -Ustaz Abu Syafiq Balas Kenyataan ‘Ludah’ Usop Wilcha?

“Telan Jerlah Air Liur Tu” -Ustaz Abu Syafiq Balas Kenyataan ‘Ludah’ Usop Wilcha?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya Ustaz Abu Syafiq berterusan dikecam orang ramai. Belum pun reda dengan dakwaan mempertikaikan kerja Amal Ustaz Ebit Lew dan kes mahkamah membabitkan penceramah motivasi Amin Idris, timbul pula video penceramah ini mencadangkan agar tulisan Cina di hapuskan.

Meskipun kelihatan seperti video lama, ianya menimbulkan kemarahan netizen juga selebriti seperti Michael Ang dan Alvin Chong malah turut mendapat perhatian pelakon Usop Wilcha yang secara berseloroh menyatakan mahu meludah ke muda penceramah tersebut.

Andai jumpa nak ludah kat muka dia

“Kepada PDRM, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai ” tulisnya di Twitter

Kenyataan itu kemudiannya mendapat perhatian portal-portal hiburan namun Usop atau nama betulnya Syed Mohamad Asri bin Syed Zainal Abidin Jamalullail tidak mendedahkan kenapa dia mengeluarkan kenyataan sedemikian

Terbaru menerusi laman Instagram miliknya, Ustaz Abu Syafiq memuat naik satu posting seolah membalas kenyatan terbabit

Tulisan ringkasnya walaupun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak namun ramai meramalkan ianya sememangnya untuk Usop Wilcha.

Tak perlu nak ludah-ludah

“Telan air lur tidak membatalkan puasa youb! Tak perlu nak ludah ludah. Silap -silap kang (nanti) masuk habuk batal pulak puas deme!

“Telan jeklah ayor liuor (air liur) deme to yob! ” tulis Abu Syafiq di Instagram.

Dia bagaimanapun memilih untuk tidak membenarkan sebarang komen di tulis pada postingnya itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.