
Usop Wilcha Mintak Izin Polis Nak Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kisah Ustaz Abu Syafiq begitu hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Belum pun reda dengan dakwaan mempertikaikan inisiatif Ustaz Ebit Lew dan isu saman mahkamah membabitkan Amin Idris, kini dia terpalit dengan satu lagi isu iaitu mencadangkan agar tulisan Cina di hapuskan
Kenyataan berkenaan bukan sahaja mencetuskan kemarahan netizen malah golongan selebriti antaranya Michael Ang dan Alvin Chong
Terbaru, kenyataan Abu Syafiq turut mendapat perhatian pelakon Usop Wilcha.
Menerusi Twitter, Usop secara bersahaja memohon kebenaran PDRM untuk meludah dan menghumban Ustaz Abu Syafiq ke dalam sungai sekiranya terjumpa dengan pendakwah itu.
Mintak pendapat PDRM
“Kepada PDRM, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai.
Teman tanya je dulu
“Kalau tak boleh tak apa, teman tanya saja dulu. Sudah makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ini,” ciapnya
Meskipun niatnya dilihat hanya berseloroh namun perkongsiannya menarik perhatian warga Twitter dengan beberapa dari mereka menjadikan topik tersebut sebagai bahan ketawa
Namun Usop menerusi Twitternya tidak mendedahkan kenapa dia mengeluarkan kenyataan sedemikian
Kpd @PDRMsia, minta maap kalau teman nak tanya n mintak pendapat.. Bley tak andai kata teman jumpa Makhluk dlm gambor ni, teman ludoh kat muka dia & lempor kat sungei.
— Usop Wilcha a.k.a Um (@real_usopwilcha) April 28, 2020
Kalau xbley takpe, teman tanya je dulu
Udoh makin ramai sgt individu buat kenyataan secara terbuka Mcm ni. pic.twitter.com/9VrU2QBhN2