
PKPB : Ini Senarai Sektor Perniagaan dan Aktiviti Yang Dilarang Beroperasi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan membuka semula sektor ekonomi (restart ecomony) secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat bermula pada 4 Mei.
Perkara ini diumumkan beliau sewaktu Perutusan Khas Sempena Hari Pekerja pada tengahari tadi.
Ini bermakna kebanyakan sektor sudah dibenarkan beroperasi terutamanya sektor yang tidak melibatkan aktiviti dengan orang ramai.
“Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP ditetapkan kerajaan”
Namun dalam masa sama Perdana Menteri turut mengumumkan masih terdapat beberapa aktiviti dan perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi antaranya panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri,

“Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi”
” Antaranya membabitkan perhimpunan ramai yang mana penjarakan sosial sukar dilakukan seperti panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri, karnival jualan termasuk semua bentuk acara sukan yang besar termasuk bola sepak,” katanya lagi
Jadi bagi memudahkan anda dibawah kami senaraikan sektor ekonomi dan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)
Sektor dan Aktiviti Tidak Dibenarkan



Ini bermakna sekiranya sektor atau aktiviti perniagan anda tidak disenaraikan di atas, sektor anda sudah dibenarkan kembali beroperasi bermula 4 Mei ini seperti yang dimaklunkam Perdana Menteri
Rentas sempadan hanya untuk tujuan bekerja
Selain itu mereka yang perlu merentas negeri untuk hadir ke pejabat diberikan kelonggaran sama seperti mereka yang merentas negeri untuk pulang ke rumah sendiri selepas terkandas di tempat lain
“Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan”