
“Rezeki Teman.. Sudah 10 Minggu” – Jamal Abdillah Bakal Dapat Baby Baru
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru sahaja menimang seorang puteri yang diberi nama Nur Azura Yamani pada 10 Oktober tahun lalu, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah difahamkan bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata selepas isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin disahkan hamil 10 minggu
Memetik Harian Metro, Jamal berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu perbualan Whatsapp .
“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii,” tulisnya di aplikasi perbualan itu.
Tambahnya berita gembira itu baru sahaja diketahui selepas pasangan itu berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan selepas Zai mengalami alahan.
Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanya.

Terdahulu pasangan ini melangsungkan pada 1 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Azura selepas 2 tahun penantian
Penyanyi itu mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.