fbpx
Now Reading
Model Alicia Amin Ajak Rakan Model Boikot dUCk Scarves

Model Alicia Amin Ajak Rakan Model Boikot dUCk Scarves

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu dakwaan ciplak membabitkan jenama milik Vivy Yusoff, Duck Scarves dan seorang lagi pereka tempatan Sleepyllama atau lebih dikenali sebagai Nia menjadi bualan netizen sejak beberapa hari lalu.

Pelbagai respons telah diberikan masyarakat berhubung isu terbabit dimana ada yang menyokong kepada Nia manakala sebahagian lagi memihak kepada Vivy.

Terbaru isu ini turut mendapat perhatian model Alicia Amin yang dilihat sedikit tidak senang dengan kontroversi terbabit.

Menerusi IG Storynya, Alicia dilihat menyokong Nia dengan menyeru rakan-rakan model untuk memboikot dan tidak lagi bekerjasama dengan Vivy. Padanya lagi, konsep photshoot turut dilihat sama.

Jelas Alicia, ini bukan lagi satu perkara yang tidak sengajakan kerana ianya sudah berulang kali terjadi.

Tidak cukup dengan itu, Alicia berkata Vivy sebelum ini mendakwa dia mengambil berat tentang jenama kecil tapi tindakannya membuktikan sebaliknya.

Tambahnya lagi, pihak Vivy selaku jenama fesyen kerap ‘bermain dengan harga’ dalam urusan model , jurukamera dan juruvideo sedangkan mereka mengaut untung yang besar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.