fbpx

Pemuzik Indonesia Dakwa Miliki Hak Cipta Lagu Aisyah Projector Band (Video)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_o3ikBDSy6/

Teka-teki kehilangan lagu Aisyah yang dimuat naik rekod label, Media Asia Production Sdn Bhd (MAPMusic Malaysia) di Youtube akhirnya terjawab.

Memetik Harian Metro, semuanya berpunca apabila seorang pemuzik dari negara jiran, Indonesia yang mendakwa lagu Aisyah , lagu asal kumpulan Projector Band adalah karya miliknya

Harlin Pasili Ansori , menerusi Facebook mendakwa lagu tersebut diciplak dari lagu asal ciptaannya iaitu Half Night Trip to Bait Al Hamid.

Menurutnya lagu itu dilancarkan pada 2010 dan dimuat naik di saluran YouTube pada 2011.

 Justeru itu, lelaki ini telah memohon YouTube untuk memadam kesemua lagu Aisyah nyanyian Projector Band termasuk versi nyanyian semula seperti Aisyah Istri Rasulullah nyanyian Sabyan dan Mr. Bie.

Tindakan ini pasti memberikan kesan kepada MapMusic Malaysia, Projektor Band terutamanya gitaris, Angah Rafiz selaku komposer kepada lagu tersebut.

Angah yang ditemubual Harian Metro memaklumkan dia telah diberitahu oleh syarikat rakaman mengenai isu terbabit.

“Saya dapat tahu perkara ini daripada syarikat rakaman yang memaklumkan terdapat individu dari Indonesia yang ‘claim’ lagu Aisyah adalah miliknya.

“Apabila saya mendengar pautan muzik yang diberikan, satu pun tidak ada persamaan. Lagu yang didakwa lagu asal itu hanya melodi saja tidak ada penyanyi. Tapi, tidak kedengaran langsung bunyi dan melodi lagu Aisyah.

“Apabila dia mengatakan itu lagu ciptaannya, saya pening dan macam mana pihak YouTube boleh padam versi nyanyian semula Aisyah Istri Rasulullah,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi ini adalah satu perbuatan busuk hati apatah lagi ia semakin dikenali di sana

“Kali pertama Lagu Aisyah dikeluarkan pada 2014 dan dilancarkan secara rasmi pada 2017. Ia memang asli daripada saya.

“Cuma, saya tidak menjangka ia kembali trending dan tular selepas versi nyanyian semula dalam lirik Islamik.

“Bagi saya ini kes busuk hati. Jadi, tidak mustahil apabila sesuatu yang tular ramai mahu ‘claim’.

“Apa pun, saya menyerahkan perkara ini kepada syarikat rakaman. Malah saya dimaklumkan, mereka sedang berurusan dengan peguam di sana bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Malah dapat dilihat youtube Harlin turut dibanjiri dengan komen dari netizen di Indonesia yang mengecam tindakannya yang disifatkan seolah-olah busuk hati.

Dalam pada itu, Mr Bie , penulis lirik Aisyah Isteri Rasulullah sehingga popularnya lagu Aisyah di Indonesia dalam satu posting di IG turut meluahkan rasa kesalnya berhubung perkara tersebut

Dia yang turut terkesan dengan insiden ini selepas lagu nyanyian nya turut di buang youtube kemudiannya memuat naik lagu Harlin di Ig miliknya dan meminta orang ramai untuk membandingkan adakah sama lagu asal Aisyah dengan versi Harlin ini

Isu ini turut menarik perhatian penyanyi dan Youtuber terkenal Indonesia, Anji Manji yang sedang membantu MapMusic. Anji sebelum ini telah membantu Angah Razif apabila videonya mengupas mengenai siapa pemilik hakcipta asal lagu Aisyah menjadi tular di Indonesia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.